Membawang Hari Ini

Rebut Raja Band KL

Debaran pertandingan Raja Band Kuala Lumpur 2015 bakal terjawab malam Ahad ini. Berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur acara yang bermula pada jam 8.30 malam itu menampilkan enam kumpulan yang mara ke pentas akhir.

Pertandingan yang memulakan pencarian sejak 31 Oktober lalu itu memilih band King Primo, Sky MC, Iron Man, 3A.M, 7thDays Theory Logic dan Floor 88 sebagai finalis.

Semua band akan dibantu mentor yang terdiri daripada penyanyi dan pemuzik berbakat besar antaranya Monoloque, Edrie Hashim, Tam Spider, Aidit Alfian, Genervie Kam dan Orang Utan.

Dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Karyawan Malaysia, pertandingan terbabit diadakan empat tahun berturut-turut bermula 2011.

Menjadi mentor kepada kumpulan King Primo, Monoloque berkata, ia adalah pembabitan pertamanya.

Dia yang sebelum ini berharap menjadi mentor kepada kumpulan lain akur apabila King Primo berhajat menjadikannya sifu mereka.

“Bukan saya tidak mahu menjadi mentor kepada King Primo, tetapi melihat muzik rock yang mereka bawa saya risau mereka tidak boleh mengikut cara saya.

“Namun apabila mereka sendiri yang mahukan idea saya dalam memberikan kelainan terhadap muzik mereka, saya terima dan sedia membantu.

“Sebagai seorang yang tidak berpaksikan genre rock, saya diberi tanggungjawab besar dalam memastikan anak didik saya berjaya mempersembahkan muzik mereka.

“Pastinya saya akan memberikan kelainan seperti mana saya mempelbagaikan muzik yang saya bawa,” katanya.

Juara konsert Raja Band akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM2,000.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96157#sthash.bpYuyHSC.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");