Jenayah

Remaja berdepan hukuman penjara seumur hidup

KOTA BHARU: Seorang pelukis batik berusia 19 tahun berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas dihadapkan ke mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan memiliki 59.187 gram (g) methamphetamine, Julai lalu.

Tertuduh, Mohammad Shafiq Izwan Hagani, bagaimanapun mengaku tidak salah di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Dia didakwa memiliki dadah berkenaan di sebuah rumah di Jalan Kampung Sireh Bawah Lembah, di sini, pada jam 4.05 pagi, 7 Julai lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan sebat minimum 10, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan sama, juga menafikan tuduhan memiliki dadah jenis nimetazepam seberat 0.005 g pada masa dan tarikh di lokasi sama.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mariah Omar memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes dan tidak mencadangkan jaminan berikutan tuduhan serius yang dihadapi tertuduh.

Mahkamah menetapkan 29 Disember ini untuk sebutan semula kes.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");