Sukan Hari Ini

Sabah julang trofi

Melaka: Skuad lelaki Sabah muncul juara selepas menewaskan Perak 5-2 menerusi penalti pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki B-14 Tahun Kebangsaan di Stadium Hoki Bukit Serindit, baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa penuh perlawanan. Tempat ketiga milik Johor selepas menewaskan tuan rumah Melaka 4-1.

Bagi kategori perempuan, juara milik Kuala Lumpur yang mengecewakan Selangor 3-2 di pentas final.

Sabah ketiga selepas menewaskan Singapura 4-2.

Hadiah disampaikan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal. Hadir sama Timbalan Presiden PHM Profesor Madya Dr Sarmala Subramaniam dan Presiden Persatuan Hoki Negeri Melaka (PHNM) Habibul Ajmi Datuk Manggar.

Naib Presiden PHNM Rogayah Mohamad berkata, kejohanan itu menerima suntikan antarabangsa menerusi kehadiran Singapura buat pertama kali.

Empat belas pasukan bertanding bagi setiap kategori sepanjang sembilan hari kejohanan.

Beliau berkata, anugerah fairplay lelaki menjadi milik skuad Kota Singa itu, manakala kategori perempuan kepunyaan Perlis.

Beliau berkata, apa yang pasti penyertaan Singapura itu dilihat mampu membantu meningkatkan kualiti pasukan di rantau ini kerana Malaysia dilihat tiada pencabar hebat pada peringkat Asia Tenggara.

“Sokongan semua pihak terutama MHC, Badan Bukan Kerajaan (NGO), individu, jabatan pendidikan, pengurusan, jurulatih dan ibu bapa amat membanggakan.

“Justeru kejohanan itu dilihat berjaya mendedahkan bakat pemain terbaik untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi pada masa depan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");