English World

Sanchez tak sayang mulut

Montevideo: Alexis Sanchez menyemarakkan ketegangan dan permusuhan Chile dengan Uruguay selepas juara Amerika Selatan itu tewas 0-3 dengan berkata, kemenangan itu tidak mampu membuatkan pemain tuan rumah menjadi lebih baik.

Dalam perlawanan yang berlangsung penuh tegang itu, empat pemain kedua-dua pasukan dikenakan kad kuning, manakala pemain Chile Jorge Valdivia diperintah keluar padang selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil Colombia Wilmar Roldan.

Dalam laman sosial Instagram miliknya, Sanchez mengucapkan tahniah kepada Uruguay.

Tapi dia tetap mengkritik pemain Uruguay dan menyifatkan mereka sebagai tidak mempunyai harga diri.

“Anda perlu tahu bagaimana untuk menang dan bagaimana untuk tewas. Saya bercakap sebagai pemain yang pernah menang dan tewas,” katanya.

“Apa yang membuatkan saya menyampah dengan pemain Uruguay ialah mereka bercakap seolah-olah tidak sedar bahawa mereka pernah tewas di tangan kami.

“Hari ini kami tewas dan saya mengucapkan tahniah kepada mereka.”

Perlawanan semalam berlangsung dalam keadaan tegang dan perkara itu sudah dijangka kerana kedua-dua pasukan mempunyai sejarah tersendiri.

Kemenangan itu membantu Uruguay memperoleh sembilan mata daripada empat perlawanan dan permulaan terbaik mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia sejak 1989.

Uruguay menduduki tempat kedua di belakang Ecuador manakala Chile kelima dalam saingan 10 pasukan dengan tujuh mata.
– Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");