Sukan Hari Ini

Sandaran utama tamat kemarau emas Olimpik

Kuala Lumpur: Kejayaan merangkul dua kejuaraan berturut-turut Siri Super Terbuka China dan Hong Kong dan Siri Super Perdana Terbuka Perancis membuktikan Datuk Lee Chong Wei masih menjadi sandaran utama untuk menamatkan penantian pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Rio 2016, tahun depan.

Dipalit isu doping tahun lalu hingga menyaksikan Chong Wei kehilangan posisinya selaku pemain nombor satu dunia bukan sesuatu yang pernah dibayangkannya, namun kebangkitan luar biasanya cukup mengujakan apabila melonjak menempatkan diri pada ranking keenam dunia.

Bagaimanapun, ketika usia anak pemain kelahiran Pulau Pinang itu memasuki angka 33 tahun timbul sedikit kebimbangan dalam kalangan pemerhati dan pentadbir sukan negara mengenai keadaan fizikal Chong Wei terutama jika pemain itu mengalami kecederaan sebelum berangkat ke Rio.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Baka berkata, pihaknya terutama menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) akan memantau perkembangan jaguh dunia itu agar sentiasa kekal cergas.

“Selepas berakhirnya saingan Siri Super, dia perlu rehat dan buat proses pemulihan. ISN (Institut Sukan Negara) akan lihat kepada keadaan fizikal beliau dan memberi fokus kepadanya terutama menjelang Sukan Olimpik tahun depan,” katanya yang mengulas delima Chong Wei kerana berada dalam situasi memenatkan.

Jelas Khairy, Chong Wei tiada pilihan selain perlu beraksi banyak kejohanan tahun ini dalam usahanya untuk melayakkan diri ke Olimpik.

“Sekarang semua sudah selesai. Chong Wei boleh berehat sebulan dan saya sendiri akan minta dia rehat,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Sekolah Bola Sepak Chelsea FC Malaysia di Pusat Sukan NPNG, di sini, semalam.

Mengulas mengenai kemenangan Chong Wei, beliau percaya pemain itu tidak berdepan masalah berada dalam kelompok empat teratas ranking dunia menjelang Sukan Olimpik.

“Kebolehan Chong Wei tidak boleh diragui. Dia sudah membuktikan kemampuannya menewaskan sesiapa saja. Chong Wei berada dalam prestasi terbaik untuk meraih emas Olimpik,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");