Panasnya Hari Ini

‘Saya Tidak Akan Berhenti Cari Kebenaran’ – Khairuddin

KUALA LUMPUR: “Saya tak mahu komen lanjut buat masa ini, tetapi percayalah, saya tidak akan berhenti daripada berjuang mencari kebenaran,” itu ikrar yang dilafazkan oleh bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebaik diikat jamin, tengah hari tadi.

Terdahulu, Khairuddin dan peguamnya, Matthias Chang dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah selepas hakim, Datuk Azman Hussin memutuskan tuduhan keatas kedua-dua mereka bukan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Khairuddin dan Matthias sebelum ini ditahan atas tuduhan mengancam keselamatan Negara mengikut SOSMA kerana aktif membangkitkan isu-isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khairuddin berkata, di dalam setiap perjuangan dalam mencari kebenaran, beliau rela menerima segala tindakan yang dikenakan ke atasnya untuk menegakkan kebenaran.

“Dalam setiap perjuangan untuk menegakkan kebenaran, pihak yang satu lagi boleh melakukan apa sahaja tetapi akhirnya, kebenaran akan ditegakkan.

“Saya tak mahu komen lanjut buat masa ini, tetapi percayalah, saya tidak akan berhenti daripada berjuang mencari kebenaran,”katanya.

Khairuddin dan Matthias dibebaskan pada jam 12.50 tengah hari tadi selepas ditahan hampir dua bulan di Penjara Sungai Buloh.

Khairuddin diikat jamin oleh isterinya, Datin Seri Umie Aida Rahmad sebanyak RM10,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");