Perak Hari Ini

Sektor Pelancongan Penyumbang Kepada Pertumbuhan Ekonomi -DS Zambry

IPOH: Pelancongan merupakan antara sektor terpenting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di negara ini khususnya di negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dalam suasana ekonomi yang agak menggusarkan kini, suntikan positif sektor pelancongan dilihat mampu mengubah keadaan berkenaan.

Justeru itu, katanya lagi, Kerajaan Negeri telah mengatur pelbagai strategi bagi merancakkan serta mengekalkan kedudukan Perak sebagai negeri yang berjaya meraih kedatangan pelancong domestik yang tertinggi di Malaysia bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

“Langkah tersebut adalah bertepatan dengan suasana ekonomi semasa, ditambah dengan langkah Kementerian Pelancongan yang menganjurkan sambutan ‘Malaysia Year of Festivals’.

“Selama tiga tahun berturut-turut, negeri Perak telah menerima kunjungan pelancong domestik sebanyak 5.6 juta orang bagi tahun 2012, 6.01 juta orang  (2013) dan 7 juta rakyat Malaysia pada tahun lalu,” katanya.

PERAKTODAY1 (1)

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga telah memperbanyakkan aktiviti pelancongan dan memperluaskan promosi yang menyasarkan kepada pelancong domestik serta peringkat antarabangsa termasuk dari negara Arab, Jepun, Korea, China dan juga negara-negara Barat.

“Program pengantarabangsaan Perak dengan penganjuran persidangan dan acara antarabangsa seperti Pangkor International Development Dialogue (PIDD), World Civilization and Islamic Thoughts (WCIT); Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (PULARA) turut berperanan meningkatkan kedatangan pengunjung tempatan dan juga asing ke negeri Perak,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam Majlis Malam Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2015 yang diadakan di Hotel Kinta Riverfront di sini, pada Jumaat.

Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi, Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak Mohamad Kamil Shafie dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal.

PERAKTODAY4

Dalam pada itu, Zambry berkata, Kerajaan Negeri juga sedang berusaha untuk menaiktaraf kemudahan untuk membantu industri pelancongan di negeri ini khususnya memudahkan akses ke Perak melalui penambahbaikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).

“Hasil daripada naiktaraf ini, empat syarikat penerbangan dapat beroperasi di LTSAS antaranya Fireflr, Tiger Airways, Malindo dan YouWings dengan jumlah kekerapan penerbangan sebanyak 41 kali seminggu.

“Terkini, Kerajaan Negeri telah memulakan usaha untuk menambah laluan baharu penerbangn termasuk ke China, Indonesia dan beberapa negara di rantau Asia,” kata beliau lagi.

Beliau turut menyeru agar semua pihak bersama-sama untuk bersatu hati dalam membantu Kerajaan Negeri demi memartabatkan industri pelancongan di negeri ini.

“Ia bertujuan agar negeri Perak akan menjadi destinasi pilihan yang dikenali di peringkat antarabangsa pada masa akan datang,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");