Perak Hari Ini

Selama Bakal Terima Limpahan Pembangunan

IPOH: Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN-Selama) meminta agar kerajaan negeri memberi fokus kepada kawasan berkenaan agar dapat dibangunkan berikutan daerah itu bakal menerima limpahan-limpahan pembangunan daripada beberapa projek yang bakal dibangunkan kelak di kawasan berhampiran..

Antara limpahan yang bakal dinikmati oleh Daerah Selama adalah menerusi projek-projek Kulim Hi-Tech Park dan jika dilaksanakan Kulim International Airport, Lembah Beriah Metropolis City dan Greater Kamunting.

“Seperti yang saya telah ucapkan pada sesi yang lepas iaitu mengenai limpahan pembangunan dari utara ke DUN Selama iaitu Kulim Hi-Tech Park dan jika Kulim International Airport direalisasikan, sudah pasti persediaan teliti harus dilakukan lebih-lebih lagi pembangunan lebuhraya Sungai Petani Inner Kulim Expressway (SPIKE) yang akan merentasi Selama dari Kulim.

“Bagi limpahan dari selatan dan utara Perak, saya nampak dua elemen pembangunan yang harus diberi perhatian oleh Kerajaan negeri iaitu pembangunan Lembah Beriah Metropolis City (LBMC),”ujarnya ketika sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri Perak ke-13, hari ini.

Mengulas lanjut, pembangunan LBMC yang berkonsepkan integrasi bersama pihak industri adalah melibatkan koloborasi bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu pendekatan unik.

“Oleh itu, saya mengharapkan arus pembangunan LBMC dapat dilimpahkan kepada kawasan-kawasan sekitar.

“Saya memohon Kerajaan Negeri agar turut dapat merancang pembangunan yang bersesuaian dan berimpak tinggi sekitar radius 50 kilometer daripada LBMC.

“Dengan ini, kawasan-kawasan sekitar seperti Selama dan Kubu Gajah akan turut menerima manfaat,”ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau turut mengharapkan agar pembangunan Greater Kamunting dapat dipertimbangkan mekanismenya agar dapat dimanfaatkan untuk kawasan Kubu Gajah dan Selama yang meliputi dua Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya percaya, ini dapat dilakukan dengna mengenalpasti potensi yang ada agar ianya dapat direalisasikan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");