Sukan Hari Ini

Sepang 12 Hours mampu tarik ramai pelumba

Shah Alam: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali berharap penjenamaan semula nama perlumbaan lasak Merdeka Endurance Race kepada Sepang 12 Hours dapat menarik minat lebih ramai pembabitan peserta dari dalam dan luar negara.

Bakal berlangsung dari 11 hingga 13 Disember, Sepang 12 Hours menjanjikan saingan cukup hebat kerana ia bakal menguji ketahanan jentera dan pelumba dalam mengharungi tempoh perlumbaan yang panjang.

Untuk saingan kali ini, SIC akan menjalinkan kerjasama dengan SRO Motorsports Group yang mempunyai pengalaman luas menganjurkan perlumbaan berprestij.

“Dengan menukar tarikh perlumbaan ini daripada Ogos kepada Disember serta menukar namanya kepada Sepang 12 Hours, ia diharap dapat menarik pembabitan pelumba berkelas dunia lain untuk terbabit dengan perlumbaan ini.

“Kami yakin kehadiran penonton juga lebih tinggi kerana ia berlangsung ketika musim cuti persekolahan,” katanya ketika ditemui semalam.

Selain barisan pelumba dunia, turut dijangka menyertai saingan itu adalah bekas pelumba Formula Satu (F1) negara Alex Yoong.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SRO Motorsports, Stephane Ratel memberi jaminan Sepang 12 Hours akan menjadi perlumbaan yang berjaya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");