Sukan Hari Ini

SMKKP mantap

Alor Setar: Skuad hoki lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis (SMKKP) unggul apabila mengetepikan tujuh pesaing lain sekali gus menggondol juara dalam Kejohanan Hoki Bawah 16 Tahun Terbuka Kedah 2015 berlangsung di padang astroturf Kompleks Hijau Kuning, di sini, baru-baru ini.

SMKKP konsisten dalam saingan untuk mencatat kemenangan demi kemenangan sebelum bergelar juara sekali gus menobatkan nama sekolah mereka selaku kuasa baru hoki di bahagian utara.

Mereka adalah juara Kumpulan B selepas menang semua saingan dengan mengalahkan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim 2-0, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa 1-0 dan membelasah Sekolah Menengah Sains Tun Syed Shahabudin dari Pulau Pinang 6-0.

Melangkah ke pusingan separuh akhir, SMKKP yang dilatih Faizal Aziz Ibrahim, menerima tentangan sengit daripada, Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH).

“Kami berazam ke perlawanan akhir. Satu-satunya cara ialah melepasi saingan KSAH. Pemain merealisasikan impian itu dengan memenangi perlawanan biar pun hanya dengan jaringan 1-0,” katanya.

Katanya, kemenangan itu sudah cukup bagi SMKKP berentap lawan kental, Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) dari Beseri, Perlis, di pentas akhir menentukan kejuaraan sebenar.

Faizal berkata, pasukannya kemungkinan bergelar juara lebih awal jika barisan hadapannya tidak mensia-siakan peluang menjaringkan gol.

“Walaupun kami banyak menguasai padang dan melakukan formasi menyerang secara bertali arus namun pertahanan MATRI amat kental untuk mengikat kedudukan 0-0 hingga wisel penamat.

“Syukur kerana impian kami meraih juara terbuka Kedah terlaksana selepas menang penentuan penalti 3-2 sekali gus mengekalkan reputasi sebagai juara seluruh Perlis dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis 2015,” katanya.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94876#sthash.TJf09iWR.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");