Perak Hari Ini

SRAI 2015 Catat Peningkatan

IPOH: Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) menunjukkan peningkatan keputusan yang memberansangkan melibatkan semua daerah dalam negeri ini bagi tahun 2015.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, secara keseluruhannya gred purata keseluruhan Mata pelajaran adalah sebanyak 1.88 iaitu peningkatan sebanyak 0.11 peratus berbanding pada tahun lepas iaitu sebanyak 1.99.

“Jumlah pelajar yang mencapai keputusan tertinggi iaitu memperolehi A dalam semua lima mata pelajaran,(Loghotul Quran, Akhlak dan Sirah, Al-Quran dan Tajwid, Tulisan Jawi dan Khat serta Tauhid dan Feqah ialah seramai 1,185 orang pelajar.

“Dengan peratusan sebanyak 11.27 peratus meningkat sebanyak 4.94 peratus berbanding tahun 2014 iaitu seramai 658 pelajar,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi pelajar yang mendapat 4A adalah seramai 1,685 murid dengan jumlah peratusan sebanyak 16.0 peratus dan bagi murid yang memperolehi 3A pula seramai 1,626 orang dengan jumlah peratusan 15.5 peratus.

“Bagi pelajar yang mendapat 2A pula sebanyak 1,601 murid peratusan sebanyak 15.2 peratus dan murid yang mendapat 1A ialah seramai 1,840 orang dengan jumlah peratusan sebanyak 17.5 peratus,” katanya dalam satu sidang media pengumuman keputusan SRAI 2015 di Ipoh hari ini.

PERAKTODAY1 (28)

Jelasnya lagi, Sekolah Rendah Agama Rakyat An Nur Kampung Bahagia dari Daerah Teluk Intan merupakan sekolah terbaik bagi pencapaian dalam peperiksaan SRAI untuk tahun ini.

Manakala Sarah Asyiqin Sa’azhar dari Sekolah Rendah Agama Rakyat Al- Taufiqiah, Klebang Jaya Ipoh diumumkan sebagai pelajar terbaik setelah memiliki markah tertinggi keseluruhannya.

“Berdasarkan gred purata pencapaian mengikut daerah, pencapaian terbaik adalah Daerah Parit Buntar dengan gred purata keseluruhan sebanyak 1.7,” katanya.

Tambah Nizar lagi, kerajaan negeri akan terus memastikan peperiksaan SRAI menjadi salah satu bonus buat murid di Perak untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih baik.

“Ibu bapa disaran untuk terus mempercayai sistem pendidikan Sekolah Agama Rakyat negeri yang juga merupakan satu momentum pendidikan negeri selain Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di tahun lima,” katanya.

Terdahulu sebanyak 11,046 calon yang mendaftar pada tahun ini bagi menduduki peperiksaan berkenaan dan hanya sebanyak 549 orang calon tidak menghadiri peperiksaan berkenaan.

SRAI merupakan ujian peringkat awam yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sejak tahun 2011 lagi bagi membantu murid tahun enam dan salah satu syarat kelayakan untuk menyambung pengajian di Sekolah Menengah Agama Negeri dan sekolah menengah Tahfiz atau sekolah berasrama penuh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");