Jenayah

Stok dadah 10,000 penagih dirampas

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai sedang bersiap untuk keluar mengedar dadah ditahan di sebuah rumah di Taman Desa Baiduri, Kulai, dalam satu serbuan Isnin lalu.

Sebanyak 9,600 biji dadah ecstacy bernilai hampir setengah juta ringgit dan syabu seberat 2.98 gram berjaya dirampas susulan penahan lelaki berusia 40 tahun itu.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Ramli Hasan berkata, rumah berkenaan dipercayai dijadikan stor simpanan dadah yang disyaki diedar sekitar negeri ini untuk kegunaan 10,000 penagih.

“Serbuan dilakukan jam 4 petang oleh pasukan polis Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Kulaijaya.

“Polis berjaya menemui 9,600 ecstacy bernilai RM480,000 dan 2.98 gram syabu yang disorok dalam rumah, kereta dan pada badan suspek yang dipercayai ingin membuat pengedaran ketika ditahan,” katanya dalam sidang media di IPK Johor, semalam.

Katanya, polis turut merampas sebuah kereta Toyota Altis dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah, namun tiada sebarang rekod lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek direman sehingga 23 November,” katanya.

Dalam pada itu, Ramli berkata, sejumlah 130.31 kilogram (kg) dadah dirampas sehingga Oktober tahun ini membabitkan RM6.39 juta dan sitaan harta berjumlah RM5.1 juta.

“Seramai 34,715 individu diperiksa sehingga Oktober dan 15,619 ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 1,822 pengedar dan 10,560 penagih,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");