Perak Hari Ini

Suspek Samun Di Kampar Berjaya Diberkas

KAMPAR: Polis Daerah Kampar telah berjaya memberkas dua suspek yang terlibat dalam kes samun yang melibatkan sebuah bengkel membaiki kenderaan di sini.

Ketua Polis Daerah kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kerugian iaitu empat buah kenderaan milik pelanggannya yang dihantar untuk dibaiki di bengkel berkenaan.

Beliau berkata lagi, kes samun tersebut telah membabitkan satu kumpulan penjenayah yang terdiri daripada lima orang lelaki.

“Suspek pertama telah ditangkap pada 9 November yang lalu. Semasa tangkapan dibuat, polis telah berjaya merampas semula sebuah kereta yang disamun oleh suspek semasa kejadian.

“Seorang lagi ahli kumpulan tersebut juga telah berjaya ditangkap pada 16 November lalu dan masih ditahan reman sehingga 23 November ini,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis IPD Kampar juga telah dapat mengenalpasti seorang lagi suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Suspek pertama itu telah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 13 November lalu di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan juga dikenakan sebatan.

“Walaubagaimanapun, suspek tidak mengaku bersalah dan telah ditawarkan jaminan wang tunai berjumlah RM10,000 oleh pihak mahkamah,” katanya lagi.

Tegasnya, pihak polis masih lagi mengesan tiga orang rakan suspek yang masih bebas.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 05 4652222 atau balai polis yang berhampiran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");