Isu Panas

Tak sependapat bukan semestinya kena putus

SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua akui di dalam dunia politik, tidak semestinya setiap individu mahupun mana-mana parti akan bersetuju dengan setiap perkara.

Namun, amat penting, parti politik itu mencari titik persamaan agar matlamat menawan Putrajaya berjaya dicapai.

“Kerana itu, PKR merasakan perlunya sokongan dan bantuan diberikan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) yang baru ditubuhkan, seperti mana Pas menyokong dan memberi panduan kepada PKR ketika parti ini baru diwujudkan.

“Kita tidak boleh lupa pada parti yang telah membimbing kita dan berjaya dalam politik,” katanya ketika perbahasan pergulungan Kongres Nasional PKR ke-11 2015, hari ini.

Bagi Tian Chua, tidak semestinya apabila sesebuah parti politik itu tidak bersetuju dengan beberapa perkara, bermakna putuslah tahaluf siyasi semasa parti pembangkang.

“Tahaluf siyasi ini harus dikekalkan sama ada kita bersetuju atau tidak dengan semua perkara kerana inilah janji kita.

“Kalau tiada tahaluf siyasi sekali pun, hubungan silaturahim itu harus sentiasa dikekalkan. Pas, Amanah, DAP dan PSM harus sentiasa kekalkan hubungan silaturahim. Parti-parti yang sehaluan harus menghormati dan menyokong strategi kita untuk bersatu padu,” katanya.

Katanya, Pakatan Harapan harus kekal kukuh dan tahaluf siyasi harus diteruskan serta meletakkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tiang seri barisan pembangkang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");