Sukan Hari Ini

Takraw di hati rakyat AS

PERCAYA atau tidak sepak takraw kini mula mendapat tempat di luar negara khususnya golongan remaja.

Dijemput secara rasmi untuk mengadakan persembahan selain klinik takraw ternyata kehadiran enam penggiat sukan warisan ini di Amerika Syarikat (AS) membuktikan perjalanan jauh ditempuhi bukan satu halangan.

Disertai bekas pemain kebangsaan, Zabidi Shariff bersama lima rakan dalam kelab Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Kedah Lagenda dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), jelajah AS ini nyata menarik minat masyarakat setempat.

Program mendapat sokongan penuh Majlis Sukan Negara (MSN) dan tajaan Gajah Emas serta produk sepak takraw tempatan Pallas itu menjelajah beberapa lokasi antaranya San Francisco dan Las Vegas (tujuh hari) serta Los Angeles (empat hari).

3,000 sertai klinik takraw

Ketua Delegasi Jelajah AS, Yaakob Ibrahim berkata, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mendapat jemputan kelab sepak takraw AS.

“PSM memilih enam individu yang terdiri bekas pemain negara, penggiat sukan dan jurulatih bagi memenuhi jemputan tersebut.

“Program kali pertama diadakan di AS mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan tiga lokasi dikunjungi sepanjang di AS.

“Mereka begitu meminati sepak takraw ini, apabila dianggarkan kira-kira 3,000 peserta menghadiri 13 sesi yang diadakan dalam tempoh lawatan tersebut,” jelasnya.

Hasrat jadi kokurikulum

Yaakob turut menjelaskan, kebanyakan peserta klinik takraw terdiri dalam kalangan mereka yang berusia 10 hingga 18 tahun.

“Hasil maklum balas, mereka mengharapkan program ini diadakan setiap tahun selain terdapat beberapa sekolah berhasrat menjadikan takraw ini sebagai salah satu kokurikulum.

“Mereka menerima positif kehadiran kami dan begitu mendalami segala teknik serta tunjuk ajar di setiap klinik yang diadakan,” katanya turut memaklumkan mendapat penajaan pengangkutan, penginapan di Hotel Hard Rock Cafe serta sumbangan kewangan RM5,000 dari Kelab Sepak Takraw AS dan Oakland.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");