Jenayah

Taktik menyorok dalam tong ais gagal

TIOMAN – Taktik bersembunyi dan menyorok di dalam tong ais oleh beberapa kru dua buah bot bukan warganegara gagal apabila Maritim berjaya menemui mereka ketika melakukan rondaan di perairan Pulau Tulai, pagi kelmarin.

Pemangku Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim (DM) 8, Komander Maritim Mohd Sulhan Zainun, berkata, pemeriksaan dibuat mendapati dua bot berkenaan adalah milik warga tempatan dan menggaji pekerja asing tanpa permit sah.

“Ketika penahanan dibuat, kedua bot itu yang terdiri daripada warga Vietnam sedang melakukan aktiviti memukat antara jam 10 pagi sehingga 11 pagi di lokasi kira-kira 17.2 batu nautika timur laut Pulau Tulai.

“Ketika pemeriksaan, anggota mengesan enam warga Vietnam bersembunyi di dalam tong ais di salah sebuah bot yang ditahan.

“Kesemua yang ditahan berjumlah 24 orang dan berusia antara 20 dan 34 tahun,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua bot berkenaan dan kesemua warga Vietnam yang ditahan diserahkan kepada pegawai penyiasat DM8 untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Akta Perikanan serta Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan pasport,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pihaknya akan sentiasa gigih melaksanakan misi rondaan di perairan negara 24 jam setiap hari bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan dan penangkapan ikan secara salah berlaku dalam perairan Malaysia.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");