Jenayah

Tali barut jenayah rentas sempadan

Semporna: Keindahan pulau dan kekayaan sumber marin menjadikan daerah ini tidak terlepas daripada kunjungan pelancong sama ada dari luar dan dalam negara.

Selain dikurniakan keindahan alam semula jadi yang unik, faktor ekonomi setempat dan suasana aman dinikmati penduduk turut menarik perhatian warga asing untuk menetap di daerah ini secara haram.

Menurut penduduk Rahman Suleiman, 34, lambakan warga asing yang menceroboh bukan sekadar sebagai nelayan, malah ada di antara mereka didapati terbabit dalam sektor pelancongan dengan bertindak sebagai juragan.

“Kedegilan pengusaha bot mengambil pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai pekerja dikhuatiri menjadi satu faktor berlakunya kejadian tidak diingini termasuk diupah menjadi tali barut kepada penjenayah rentas sempadan dan penculikan.

“Polis percaya ramai juragan ditahan bukan warga tempatan berikutan hasil pemeriksaan mendapati, nama lesen adalah berbeza dan kepunyaan individu lain,” katanya.

Rahman berkata, berdasarkan syarat, hanya pengusaha tempatan dibenarkan menjadi juragan tetapi yang berlaku di daerah ini adalah sebaliknya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");