Jenayah

Tembakau diperam dalam buluh ‘keras’

MARANG – Tembakau diperam dalam buluh selama enam bulan dan mempunyai rasa agak ‘keras’ berbanding tembakau biasa lain antara yang mendapat permintaan tinggi perokok selepas harga rokok naik bermula sejak Selasa lalu.

Malah, pendapatan pengusaha tembakau dari daerah ini yang dahulunya dikatakan sekadar cukup untuk dijadikan modal pusingan bagi menanam semula tembakau dijangka meningkat selepas berlakunya kenaikan harga rokok di pasaran.

Seorang penjual tembakau dari Kampung Tasek di sini, Zainun Jusoh, 55, berkata, tembakau ditanam dan diproses sendiri oleh penanam tembakau itu mempunyai pelbagai jenis dan ia juga dikenali sebagai tembakau darat di Pantai Timur.

Menurutnya, harga tembakau pula berbeza, namun boleh dibeli pada harga serendah RM2 dalam kuantiti tertentu dan ada yang mencecah RM40 bagi setiap 40 gram tembakau, namun bergantung kepada jenis tembakau dipilih.

“Dahulu semasa rokok kotak murah, tembakau darat ini tetap mendapat sambutan, tetapi ketika ini permintaannya menjadi semakin meningkat. Permintaan meningkat apabila harga rokok naik sebanyak 40 peratus bermula Selasa lalu.

“Tetapi perokok tetap memilih tembakau yang terbaik. Antaranya tembakau yang diperam dalam buluh. Ia mendapat sambutan kerana rasanya agak ‘keras’ selepas tembakau itu diperam selama enam bulan sebelum dijual,” katanya.

Sementara itu, seorang penanam tembakau, Awang Muda, 65, berkata, sebelum ini cabaran utama menjadi penanam tembakau ialah terpaksa berdepan cuaca tidak menentu dengan tuaian tanaman dua kali setahun serta jualan tembakau yang terhad.

“Kini pendapatan penanam tembakau juga dijangka lebih baik berbanding dahulu,” katanya.

Menurutnya, walaupun bagi banyak pihak, penjualan tembakau hanya akan menjejaskan kesihatan semata-mata, tetapi sekurang-kurangnya aktiviti itu dapat mengelak perokok membeli rokok seludup atau menghisap vape yang lebih mahal.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");