Membawang Hari Ini

Teruja berlakon selepas 5 tahun

Minat mendalam dalam bidang lakonan membuatkan pelakon baru Amylia Natasha Aziz terus berusaha mengetengahkan bakatnya.

Sehubungan itu, apabila dia dilamar pengarah terkenal Prof Datuk A Razak Mohaideen untuk membintangi filem Chowrasta bersama pelakon popular seperti Datuk Rosyam Nor, Nora Danish dan Fauzi Nawawi dan Nur Risteena, peluang itu tidak wajar dilepaskan.

Kerjaya pelakon yang mesra disapa Tasha ini bermula pada 2007 apabila muncul dalam filem seperti Andartu Terlampau: 21 Hari Mencari Suami, Semerah Cinta Stilletto, Ngangkung, Alamak Toyol, Sekali Lagi dan beberapa drama seperti Gadis Semasa, Jangan Pandang Belakang Congkak, Siti Kelembai, Epilog Syurga Cinta, 3 Serumah dan banyak lagi.

Bermula dari itu, tawaran demi tawaran diterima selain turut aktif sebagai model. Dia kini bertugas sebagai pramugari dengan AirAsia.

“Selepas lima tahun tidak berlakon, Razak menawarkan saya melakonkan watak Kalsom dalam filem Chowrasta. Saya harap filem yang ditayangkan 3 Disember depan ini mendapat sokongan penonton,” katanya katanya ketika ditemui di malam gala dan tayangan filem Chowrasta di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Tasha berkata, dia juga semakin yakin dengan penampilannya dan makin teruja apabila sekali lagi diberi peluang oleh Razak berlakon dalam filem Anak Mami Nasi Kandar.

“Saya bersyukur di atas segala rezeki yang dikurniakan serta mendapat sokongan penuh keluarga,” katanya.

Menurut Tasha, selain berusaha keras menempatkan nama dalam bidang lakonan, dia juga berjinak-jinak dalam perniagaan produk kecantikan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");