Panasnya Hari Ini

Tiada Pemecatan Berlaku- Setiausaha Agung UMNO

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa tiada pemecatan yang akan berlaku seperti hebahan khabar angin mendakwa bahawa Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan dipecat dalam Mesyuarat Tertinggi UMNO di bangunan Parlimen, esok.

Memetik sumber daripada Harian Metro, tegas beliau ianya hanya khabar angin, spekulasi dan persepsi berkenaan isu tersebut.

“Perkara ini aspekulasi dan persepsi, malah khabar angin juga sudah mula tersebar.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada pemecatan berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata, Mesyuarat Tertinggi UMNO itu sepatutnya berlangsung pada 27 November, tetapi diawalkan kerana kekangan waktu selain persiapan bagi Perhimpunan Agung UMNO.

“Malah, ia diadakan di bangunan Parlimen kerana kebanyakan Ahli Majlis Tertinggi juga adalah Ahli Parlimen.

“Justeru, mudah jika turut diadakan pengundian usul di situ,” katanya.

Ujarnya lagi, kertas siasatan berhubung masalah disiplin beberapa pemimpin UMNO juga sedang dalam proses untuk disiapkan dan akan dibawa ke Majlis Tertinggi untuk diputuskan.

“Apa yang Majlis Tertinggi akan buat sama ada mahu mengambil tindakan terhadap beberapa individu terbabit atau tidak adalah terserah kepada mereka.

“Proses siasatan masih berjalan, ada sudah selesai dan ada lagi belum dapat diselesaikan kerana kita mempunyai proses yang perlu dilaksanakan bukan boleh pecat sesuka hati.

“Saya boleh pecat jika seseorang itu duduk atau bersama pembangkang, menjadi calon dan menyokong pembangkang, muflis serta ada bukti mereka terbabit,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");