Panasnya Hari Ini

Tidak Akan Wujud Kerajaan UMNO – PAS Di Selangor – Noh Omar

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menegaskan bahawa parti itu dan PAS tidak mungkin akan membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

Jelasnya, dakwaan yang dilemparkan itu tidak logik berikutan jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kedua-dua parti tersebut tidak akan mencukupi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“12 ADUN campur 15 ADUN, jumlahnya 27. Jumlah ini tidak boleh membentuk kerajaan perpaduan,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Di Selangor, UMNO memiliki 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PAS hanya memiliki 13 kerusi DUN selepas dua ADUNnya telah menyertai Parti Amanah Negara.

Terdahulu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ketika berceramah di Kelantan mendakwa, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO di Selangor.

Bagaimanapun, Noh menafikan bahawa UMNO Selangor tidak pernah berjumpa dengan Abdul Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu di negeri tersebut.

Tegasnya, beliau tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Abdul Hadi seperti yang didakwa oleh Husam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");