Isu Panas

Tidak perlu kerajaan perpaduan dengan Umno

SHAH ALAM – Pas Selangor tidak pernah berbincang dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti didedahkan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tidak ada keperluan untuk Pas bekerjasama dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan sedangkan mereka sebuah parti yang sudah tidak diinginkan oleh rakyat lagi.

“Tidak ada keperluan untuk bentuk kerajaan perpaduan dengan Umno sebab kita (Pas) terkawal sekarang ni dan orang pun dah tak mahu dah dengan Umno.

“Kerajaan perpaduan memang kita tak tahu dan tidak bersetuju untuk bergabung dengan Umno. Itu kenyataan Husam, tanya dia lah,saya ni Pesuruhjaya pun tak tahu” katanya ketika ditemui di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas memaklumkan ketika ini Umno berada dalam keadaan tertekan tidak ada sebab untuk membentuk perpaduan dengan parti sudah tidak diterima rakyat.

Berhubung hasrat BN Terengganu meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Penasihat BN negeri itu, Iskandar menyifatkan memberi nasihat dan kritikan kepada parti lawan ialah rencah politik yang normal.

“Dalam Dun kita beri nasihat dan kritik BN tiada masalah. Itu perkara biasa dalam perjalanan kerajaan.

“Ketika krisis menteri besar sebelum ini pun ada dibangkitkan kerajaan perpaduan tapi Pas tak pernah bincang dengan Umno,” katanya.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali juga memberi respons sama iaitu tiada perbincangan ke arah itu dan beliau tidak tahu mengenai dakwaan Husam.

Baru- baru ini Husam dalam ceramahnya secara terbuka mengaku Abdul Hadi mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Katanya, “konspirasi” antara dua parti Melayu itu menjadi punca perpecahan dalam Pas sebelum ini sehingga melahirkan kumpulan serpihan yang membentuk parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");