Perak Hari Ini

Toyota Camry Terbakar

KUALA KANGSAR: Sebuah kereta jenis Toyota Camry musnah terbakar dalam satu kejadian yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan pagi tadi.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di KM255 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara pada jam 10.46 pagi.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, anggota mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta sedang terbakar hampir 80 peratus dari keseluruhan kereta.

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kebakaran kereta tersebut,”ujarnya.

IMG-20151128-WA0020

 

Tambah sumber lagi, anggota telah bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos bersumberkan air dari tangki jentera sehinga api dipadamkan sepenuhnya.

“Sebaik selesai operasi pemadaman, peratusan kemusnahan akibat kebakaran tersebut dianggarkan sekitar 85 peratus.

“Operasi pemadaman yang diketuai oleh PBK II Samsudin Abd Karim itu tamat kira-kira satu jam kemudian,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");