Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Disoal Siasat

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini disoal siasat oleh pihak Polis di pejabatnya di bangunan Yayasan AlBukhary, dekat sini, hari ini.

Memetik sumber daripada laman Therakyatpost, beliau memperuntukan masa sekitar satu jam bagi memberikan kerjasama dalam soal siasat berkenaan.

Menurut peguamnya, Mohamed Hanif Khatri Abdulla, tiga pegawai dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkunjung ke pejabat Dr Mahathir pada jam 11 pagi tadi dan menyoal siasatnya sekitar 45 minit berhubung pelbagai isu.

Namun bagaimanapun, beliau enggan memberitahu mengenai seksyen akta kesalahan yang digunakan ketika menyoal siasat pemimpin negara dan tokoh negarawan itu.

Tambahnya lagi, perkara tersebut adalah rahsia untuk didedahkan.

“Tiga anggota polis datang mengambil kenyataan Tun dengan kehadiran tiga peguam daripada pasukan kami.

“Ada beberapa soalan yang pasukan kami nasihatkan supaya Tun tidak menjawab dan memberi jawapan ringkas. Butiran lanjut, kami tidak boleh dedahkan,” katanya kepada pemberita yang menunggu di luar bangunan Yayasan sebelum solat Jumaat.

Tambah Hanif lagi, soalan yang diajukan kepada pemimpin negara itu membabitkan beberapa insiden dan tidak hanya terhad mengenai kehadiran Dr Mahathir pada perhimpunan Bersih 4.

Terdahulu, Pada 3 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Dr Mahathir bukan disiasat berhubung kehadirannya pada perhimpunan Bersih 4 tetapi kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");