Sukan Hari Ini

Tutup mulut pengkritik

Abu Dhabi: Juara dunia tiga kali Lewis Hamilton membalas kritikan terhadap gaya hidupnya yang suka berfoya-foya dengan mengatasi rakan sepasukan Mercedes Nico Rosberg pada sesi latihan bebas untuk perlumbaan terakhir musim ini, Grand Prix Abu Dhabi Ahad ini.

Pelumba berusia 30 tahun itu yang dikritik bekas majikannya di McLaren Ron Dennis kerana melakukan ‘perkara yang tidak dibenarkan di bawah rejimnya’ dan diberitahu Rosberg agar tidak merungut mengenai pengendalian jentera Mercedes ‘membalas dendam’ di litar Yas Marina.

Hamilton mencatat masa pusingan terbaik iaitu satu minit 43.754 saat mengatasi Rosberg 1:43.895 ketika pelumba Jerman itu bertekad memburu petak pertama kali keenam berturut-turut bagi mengatasi pesaingnya untuk melengkapkan hatrik kemenangan.

Pelumba Finland Kimi Raikkonen ketiga untuk Ferrari apabila mendahului pelumba Russia Daniil Kvayt dari Red Bull, diikuti juara empat kali dari Jerman yang memandu Ferrari serta rakan senegara Nico Hulkenberg dari Force India.

Pelumba Australia Daniel Ricciardo mencatat masa ketujuh terpantas bersama Red Bull yang akhirnya mengesahkan bersetuju dengan kontrak bekalan enjin tahun depan, namun tidak mendedahkan pembekalnya.

Hamilton mencatat masa terpantas meskipun merungut sepanjang sesi itu mengenai prestasi kereta Mercedes.

Dia mula mengadu mengenai posisi tempat duduk dan mengakhiri sesi itu dengan berkata: “Keadaan kereta ini tidak begitu baik.”

Ia mungkin sebahagian daripada perang psikologi antara Hamilton dengan Rosberg apabila juara itu cuba membangkitkan motivasi selepas menjulang kejuaraan ketiga pada Grand Prix Amerika Syarikat bulan lalu dan sejak itu, rakan sepasukannya mula mengambil alih kedudukannya.

Hamilton sering menjelaskan dia lemas dengan pengurusan ketat McLaren namun tidak merujuk kepada komen Dennis.

Dia menjelaskan kemerosotan prestasi, berkata: “Dari segi persembahan keseluruhan dalam beberapa perlumbaan, saya boleh katakan ada perubahan terhadap kereta.”

Perkara ini disangkal Rosberg yang berkata: “Saya tidak pasti dia merujuk kepada apa, tapi bagi saya tiada perubahan mengenai perasaan dalam kereta atau apa saja.

“Baru-baru ini, kereta saya lebih pantas. Itu saja.”

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96345#sthash.UY0Fdobe.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");