Panasnya Hari Ini

Umno Pagoh Kesal Wujud Serangan Jatuhkan Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Pagoh menyatakan kekesalan berhubung tindakan serangan dan usaha terancang yang berterusan bagi menjatuhkan dan menidakkan tugas Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik sumber Sinar harian, kekesalan itu dilontarkan oleh Timbalan Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed dalam sidang media di Kompleks Pekembar Pagoh, semalam.

Ujarnya, tindakan meindakkan peranan Muhyiddin telah dikesan menerusi panggilan telefon satu individu ke setiap Umno bahagian, bertanyakan soalan berkaitan Muhyiddin yang didakwa bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin itu.

“Bahkan ada pihak turut mahu beri ‘tajaan’ kepada pemimpin peringkat cawangan di bahagian ini dengan tujuan mahu mengucar-ngacirkan serta merosakkan kesatuan dan kesetiaan Umno Bahagian Pagoh terhadap Muhyiddin.

“Kami tidak akan biarkan beliau (Muhyiddin) keseorangan menegakkan kebenaran dan tidak rela lihat bekas Timbalan Perdana Menteri dikritik dan dikecam sewenang-wenangnya,” katanya.

Tambahnya senario itu tambah mengecewakan jika terdapat ahli Umno Bahagian Pagoh berperanan menjadi gunting dalam lipatan dalam parti.

“Hari ini (semalam) kami buat ketetapan untuk menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin dan meningkatkan perpaduan ahli, pada masa sama tidak mahu beliau risau dengan kesetiaan ahli Umno Bahagian Pagoh terhadapnya,” katanya.

Beliau turut menyeru supaya Umno di bahagian lain juga berani untuk tampil bagi menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Muhyiddin demi masa depan parti.

Berhubung khabar angin mengaitkan Muhyiddin antara tujuh pemimpin Umno yang akan digugur dan dipecat daripada Umno, ujarnya, Lembaga Disiplin Umno perlu memanggil pemimpin terbabit untuk memberi penjelasan sebelum sebarang tindakan dikenakan kepada mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");