Panasnya Hari Ini

UMNO Tidak Lagi Ikut Tradisi

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak membenarkan Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat sayap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang adalah bertentangan dengan amalan parti itu.

Katanya, ianya merupakan kali pertama berlaku di dalam UMNO semenjak ia ditubuhkan apabila Timbalan Presiden tidak dibenarkan merasmi mesyuarat sayap-sayap parti.

“Kali pertama amalan ini berlaku, Timbalan Presiden UMNO tidak diundang untuk merasmikan mesyuarat pemuda, wanita dan puteri,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Ahli veteran UMNO itu turut berkata, beliau yakin dan percaya bahawa MT UMNO sudah memikirkan akan kesan dan akibat jika Muhyiddin terus dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap parti itu.

“Barangkali sudah difikir tentang implikasi kerana lari tradisi yang biasanya Timbalan Presiden merasmikan mesyuarat,”ujarnya.

Beliau turut berkata, keputusan yang dibuat itu akan memeranjatkan sesetengah orang kerana keputusan itu ternyata bertentangan dengan amalan yang biasa diamalkan oleh UMNO.

Jelas Tengku Razaleigh lagi, beliau turut memberi contoh ketika Tun Musa Hitam melepaskan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi masih dibenarkan oleh Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir untuk merasmikan mesyuarat sayap-sayap dalam parti.

“Tun Musa Hitam berhenti sebagai Timbalan Perdana Menteri, dari kerajaan pimpinan Mahathir, dia dibenarkan berucap rasmikan sayap.

“Walaupun tidak jadi Timbalan Perdana Menteri, tapi dia masih benarkan untuk merasmikan (mesyuarat sayap-sayap parti),”ujarnya.

Terdahulu, Muhyiddin seolah-olah telah disenarihitam dari kepimpinan UMNO kerana lantang mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin turut lantang mempersoalkan tentang syarikat pelaburan Negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mesyuarat PAU dijadualkan akan berlangsung pada 8 Disember ini sehingga 12 Disember.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");