Isu Panas

‘Usah pertikai kedudukan Ahmad Mustain’

BAGAN NAKHODA OMAR – Enam pengerusi JKKK Dun Sungai Air Tawar terdiri daripada empat pengerusi JKKK dari PKR dan dua dari Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong sepenuhnya supaya Ahmad Mustain Othman kekal sebagai penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun berkenaan.

Pengerusi JKKK Kampung Tengah, Sharkavi Rashidi mewakili Amanah berkata, isu berhubung jawatan Ahmad Mustain terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Menteri Besar dan Exco yang bertanggungjawab dalam portfolio pembangunan desa.

Katanya, dari segi pentadbiran di Selangor, kerajaan negeri tidak memutuskan hubungan dengan Pas, jadi sepatutnya keputusan mengekalkan Ahmad Mustain perlu diterima semua pihak sehingga satu keputusan mengenainya dibuat kerajaan negeri.

“Saya ingin bertanya jika digantikan dengan wakil Pas sebagai penyelaras Dun Sungai Air Tawar sekali pun, adakah pengganti itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna dan adakah kami akan menyokong? Sudah tentu masalah sama akan timbul,” katanya.

Pengerusi JKKK Tanjung Jawa, Zambri Abd Ghani dari PKR berkata, arahan pelantikan Ahmad Mustain dibuat kerajaan negeri dan semua pengerusi JKKK perlu menghormati keputusan berkenaan tanpa sebarang pertikaian.

“Dari segi kebajikan dan komitmen beliau (Ahmad Mustain) amat baik tak kira semasa masih bersama Pas dan kini menyertai Amanah. Beliau tak pernah pilih kasih dan mengetepikan rakan dari parti (PKR dan DAP) lain,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Ahmad Mustain menegaskan menerima sokongan majoriti apabila seramai 13 pengerusi JKKK kampung Melayu tradisi dan bagan termasuk satu wakil masyarakat India menyokong penuh kepimpinannya melebihi gesaan 12 pengerusi JKKK daripada Pas yang memintanya berundur daripada jawatan yang disandangnya pada masa sekarang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");