Panasnya Hari Ini

Usul Gantung Kelayakan Lim Kiat Siang, BN Salahguna Kuasa

KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang pada hari ini mengutuk sekeras-kerasnya kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang membawa usul penggantungan kelayakan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, selama enam bulan.

Menurut sumber, usul tersebut membuktikan bahawa kerajaan BN telah menyalahgunakan kuasa yang mereka ada.

Tambahnya, Kerajaan BN dilihat sedaya upaya untuk menghalang pihak pembangkang mendapatkan penjelasan tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion.

“Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan BN telah menyalahgunakan kuasa dengan mencuba sedaya upaya menghalang pihak pembangkang menuntut kebenaran yang melibatkan 1MDB dan isu RM2.6 bilion yang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan agensi berkaitan.

“Saya menyeru kepada semua Ahli Parlimen supaya mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri ataupun melalui undi membantah Bajet 2016 yang akan dibentangkan demi menyelamatkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat,” katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen, sebentar tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");