Panasnya Hari Ini

Vape Vs Rokok: Biar Adil

KUALA LUMPUR: Sejak kebelakangan ini, isu vape telah menjadi buah mulut masyarakat di negara ini dan telah mewujudkan pelbagai persepsi masyarakat berhubung isu berkenaan.

Menerusi blog parpukari.blogspot.com, kerajaan pada masa kini sedang mengkaji isu penggunaan vape di negara ini.

Blogger tersebut juga berkata, Tidak kurang juga ada segelintir masyarakat yang mencadangkan supaya vape tersebut diharamkan.

“Namun rasionalnya, jika vape diharamkan, rokok juga perlu dibuat sedemikian,”katanya.

Beliau turut berkongsi catatan Twitter Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang turut melahirkan pendirian yang sama.

“Saya menyokong peraturan yang kukuh bagi kedua-duanya. Tetapi jika hendak mengharamkan satu, haramkan kedua-duanya. Kita menghabiskan terlalu banyak masa untuk ini,” katanya.

Selain itu, memetik laporan FreeMalaysia Today, beliau berkata, beberapa hari yang lalu, industri vape kembali panas apabila Kementerian Kesihatan telah menyerbu dan merampas perisa di kedai vape tanpa sebarang notis atau amaran.

Beliau juga meminta agar pihak yang berkenaan menghentikan segala serbuan ke atas kedai vape sehingga peraturan dibuat.

“Kita perlu ingat bahawa kebanyakkan perniagaan ini dahulunya tidak mempunyai peraturan. Mereka telah membuat pelaburan yang banyak dan secara tiba-tiba semua barangan mereka telah dirampas. Ini tidak baik untuk perniagaan mereka.

“Kita faham bahawa perkara ini adalah berkaitan dengan kesihatan, sebab itulah kita memerlukan undang-undang. Tetapi Kementerian Kesihatan perlu mempunyai alasan yang kukuh.

“Sejauh mana yang saya tahu, sehingga Menteri Kesihatan mempunyai peraturan dan undang-undang yang sah, mereka tidak boleh menghentikan perniagaan tersebut daripada beroperasi. Ini merupakan keputusan Kabinet dan ianya seharusnya dihormati,” katanya.

Kementerian Kesihatan juga dilihat perlu bersikap rasional dan berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak munasabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");