Sukan Hari Ini

Vardy pintas rekod jaringan Van Nistelrooy

PENYERANG Leicester City, Jamie Vardy mencipta rekod baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menentang Manchester United, semalam.

Vardy menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut sekaligus memadamkan rekod penyerang The Red Devils, Ruud van Nistelrooy dalam 10 perlawanan.

Dalam aksi di Stadium King Power, Vardy meledak gol pembukaan The Foxes minit ke-24 sebelum perlawanan berkesudahan seri, 1-1.

“Rekod itu tidak penting kerana yang lebih utama adalah penampilan kami dan satu mata ini adil buat kedua-dua pasukan,” kata penyerang England berkenaan.

Pungutan satu mata itu menyaksikan Leicester jatuh ke tangga kedua dengan pungutan 29 mata dibezakan jumlah jaringan dengan pendahulu, Manchester City yang sebelum itu mengatasi Southampton 3-1.

Sabtu ini, kelab bimbingan Claudio Ranieri akan menentang Swansea City.

Jika Vardy menjaringkan gol, dia mampu menyamai rekod Jimmy Dunne dari Sheffield United yang meledak gol dalam 12 perlawanan berturut-turut ketika Divisyen Satu 1931/32.

“Saya mempunyai fokus bersama pasukan dan tidak mahu memikirkan selain membantu kelab meraih kemenangan,” katanya.

Gaya Vardy ketika meraikan jaringannya ketika aksi menentang United, semalam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");