Sukan Hari Ini

Webber cemerlang

Manama: Pemandu Australia Mark Webber menjulang gelaran perlumbaan lasak dunia semalam biarpun selepas menduduki tangga kelima pada perlumbaan penghujung musim Enam Jam di Bahrain.

Rakan sepasukan Porsche Romain Dumas, Marc Lieb dan Neel Jani memenangi perlumbaan itu tetapi belum cukup untuk menafikan Webber, 39, serta pemandu bersama Timo Bernhard dari Jerman dan Brendon Hartley dari New Zealand menjulang gelaran itu.

Webber meninggalkan Formula Satu pada 2013 selepas mengharungi 215 perlumbaan Grand Prix dan sembilan kemenangan.

Kemenangan pertamanya dalam perlumbaan lasak muncul di Nurburgring, Jerman Ogos lalu.

“Sungguh tertekan tapi syukur kami berjaya menamatkan perlumbaan,” kata Webber.

Harapan untuk menjulang gelaran tampak pudar pada satu ketika apabila Bernhard tewas lima pusingan berikutan masalah teknikal pada kereta hybrid Porsche.

“Ia bukan hari yang mudah, memang mencabar tapi kami mempunyai mata dan kemenangan yang mencukupi sepanjang musim untuk menjadi

untuk menjadi juara dunia,” kata pelumba Australia itu. -AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");