Panasnya Hari Ini

Zahid Hamidi Akan Disaman

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua menyatakan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menuduh beliau menjadi menjadi dalang pertemuan di antara Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan perkara itu setelah keengganan Zahid menarik semula kenyataannya.

“Tian Chua akan ambil tindakan mahkamah kalau Zahid tidak tarik balik dakwaan,” katanya.

Terdahulu, Presiden PKR itu juga turut mempertahankan tindakan anaknya kerana dakwanya kehadiran Nurul Izzah telah diaturkan oleh pihak penganjur.

“Ia sesuatu yang dipanggil oleh penganjur, bukan Izzah yang panggil,” katanya.

Zahid sebelum ini mendakwa Tian Chua merupakan dalang di sebalik penganjuran program yang diadakan di Filipina itu.

Bagaimanapun, Tian Chua tampil menafikan dakwaan tersebut dan mendesak Zahid menarik balik kenyataan dan memohon maaf kepada beliau.

Namun, Zahid menyatakan akan tetap mempertahankan kenyataannya itu dan menegaskan untuk sama sekali tidak akan menarik balik kenyataan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");