Perak Hari Ini

Zahid Hamidi Ketuai 702 Penerima Darjah Kebesaran Perak

IPOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengetuai senarai 702 penerima Darjah-Darjah Kebesaran serta Pingat –Pingat Negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang pertama kalinya disambut selepas pertabalan baginda sebagai Sultan Perak XXXV.

Pada istiadat penganugerahan di Balairong Seri, Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dianugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Nazrin Shah (S.P.S.N) daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah  yang membawa gelaran Dato’Seri Diraja.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan pada sidang media di pejabatnya semalam, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan penerima tunggal dan pertama bagi Darjah Kebesaran S.P.S.N tersebut.

Seramai tiga individu lain dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri, didahului oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hamzah Zainudin,Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya, Tan Sri Datuk Seri Utama Arsyad Ayub dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Ranjit Singh Ajit Singh.

Sementara itu Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor merupakan penerima tunggal untuk anugerah Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Penasihat Undang-undang Negeri, Rohana Abd Malek, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, Wan Mohd Isa Dato Haji Wan Mohd Razali merupakan tiga penerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Dato.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) yang membawa gelaran Dato kepada 21 penerima yang didahului oleh Timbalan Pengarah Dakwah Dan Inovasi Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan, Abdul Hanif Harun serta antara penerima lain seperti Penceramah Bebas, Datuk Mohd Kazim Elias dan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, Yahaya Madis.

Manakala lima individu terpilih menerima anugerah Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S) membawa gelaran ‘Dato Pahlawan’ yang didahului oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak Goh Kok Liang, Ketua Pengarah Angkatan Tentera Malaysia Brig Jen Abu Sufian Ahmad, Panglima Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Alias Baharuddin dan Ketua Pakar O&G Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Brig Jen.Dr T.Thavachelvi.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan memberikan anugerah secara Anumerta (POSTHUMOUS) kepada enam penerima yang membawa gelaran Pangkat DSB, yang diberikan kepada seseorang yang telah meninggal dunia.

Penerimanya adalah Pengerusi Pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO Allahyarham Dato’ Sir Onn Jaafar yang diwakili oleh cucu Allahyarham Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Perak yang pertama, Allahyarham Datuk Panglima Bukit Gantang, Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Penasihat PKMM (1947) dan Yang Dipertua Agong Ketiga Parti Islam Se-Malaysia (PAS-1956), Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy,

Individu lain yang turut menerima anugerah tersebut ialah Bekas Ketua Penasihat Pelajaran (kini dikenali sebagai ketua Pengarah Pendidikan) Allahyarham Aminuddin Baki, Bekas Ketua Polis Perak pada tahun 1957, Mendiang Tan Sri Khoo Chong Kong dan Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Penguam Negara dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Mendiang Kevin Anthony Morais.

Seramai enam atlet terpilih menerima pingat didahului dengan atlet bowling, Syaidatul’ Afifah Badrul Hamidi, (badminton), Lee Wan Wah, (Wushu), Chin Kin Thong, (Badminton paralimpik), Hairol Fozi Saaba, (Perahu layar paralimpik) Muhammad Rezaki Shoib dan Nordin Yahaya.

Manakala seramai empat pengamal media turut menerima pangkat yang didahului dengan Pengurus Kanan Portal Dan Pemasaran Foto Bernama, Kuala Lumpur Maznah Khalil dan Sin Chew Daily, Foong Ching Mean.

Manakala baki penerima yang lain akan diadakan pada 12 Disember (Sabtu), dan 19 Disember depan.

Sementara itu sebanyak 15 individu menerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM),41 individu menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 14 Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 170 menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 214 individu menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 205 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan empat individu menerima pingat lama perkhidmatan (PLP).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");