Sukan Hari Ini

10 pelumba TSG ditawarkan kontrak baharu

PERSATUAN Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) akan mengekalkan kesemua 10 pelumba musim ini bagi mengharungi musim 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul Wahab berkata kesemua mereka telah menyatakan kesediaan untuk terus kekal bersama pasukan TSG pada saingan baharu musim depan.

“Mereka ini akan ditawarkan kontrak baharu dalam satu majlis yang akan diadakan dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pelumba-pelumba tersebut ialah Mohd Harris Salleh, Mohd Saiful Anuar Aziz, Mohamad Adiq Hussaini Othman, Anuar Manan, Mohd Shahrul Mat Amin, Yusrizal Usoff, Mohd Nor Umardi Rosdi, Nur Amirul Fakhruddin Marzuki, Mohd Zamri Saleh dan pelumba import dari Singapura Goh Choon Huat. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");