Berita Hari Ini

12 projek terbengkalai siap

LENGGONG – Sebanyak 12 projek perumahan terbengkalai sejak 2009 di seluruh Perak berjaya disiapkan hasil bantuan kerajaan negeri.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri menyenaraikan 18 projek terbengkalai sejak 2009 hingga 30 November 2015 di seluruh negeri.

Justeru, kerajaan meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996 bagi memantapkan lagi pemantauan ke atas projek-projek yang dilaksanakan.

“Di Perak sahaja, 2,327 rumah yang dibina pemaju swasta terbengkalai melibatkan 1,407 pembeli.

“Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membantu pembeli-pembeli teraniaya apabila rumah mereka tidak dapat disiapkan seperti dijanjikan pemaju,” katanya pada majlis penyampaian Sijil Layak Menduduki kepada pemilik rumah di Taman Kota Lenggong, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Saarani melahirkan rasa lega apabila projek yang disahkan terbengkalai pada 22 April 2014 itu berjaya disiapkan pada tahun ini.

Menurutnya, projek itu sepatutnya siap pada 2007 namun gagal dilaksanakan kerana masalah kewangan pemaju asal.

“Taman Kota Lenggong diisytiharkan ‘projek terbengkalai’ pada 22 April 2014. Ia melibatkan 52 unit rumah teres satu tingkat yang sepatutnya siap pada 2007.

“Terima kasih kepada agensi terlibat seperti Majlis Daerah Lenggong, Pejabat Tanah dan Galian Perak serta agensi-agensi lain atas komitmen mereka sehingga projek ini siap sepenuhnya.

“Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib menimpa rakyat dan cuba mencari jalan penyelesaian bagi masalah-masalah seperti ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");