Membawang Hari Ini

3 Budak Hitam taruhan terbaharu Geliga Merah Opera

PERSATUAN Geliga Merah Opera (GMO) bukan nama kecil di persada seni teater.

Terbaharu, GMO memilih naskhah 3 Budak Hitam yang akan dipentaskan bermula 26 dan 27 Disember ini di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mendapat sentuhan pengarah Raja Azrey, 3 Budak Hitam merupakan projek kedua GMO selepas mementaskan Bangsawan Raja Ku Puteh sempena Program semarak bangsawan April lalu.

Raja Azrey berkata, selepas hampir tujuh bulan tanpa aktiviti, teater 3 budak Hitam menjadi pementasan terakhir tahun ini.

“Kebiasaannya GMO aktif setiap tahun, namun disebabkan kekangan masa, pementasan terpaksa ditangguh beberapa kali.

“Secara peribadi, teater ini adalah projek hadiah kepada tiga ahli GMO yang sangat efektif iaitu Lokman Harmin, Weera Raja Lawak dan Black Azmeer dalam usaha mereka mendalami ilmu teater selain mengasah bakat yang sekian lama terpendam.

“Mereka antara penggiat teater yang tak pernah putus asa dan sabar menanti peluang diberikan.

“Kini masa untuk mereka diketengahkan kerana sebelum ini mereka ini hanya menjadi pelakon pembantu dalam setiap pementasan yang saya adakan,” katanya.

Tambahnya, dia yakin dengan kemampuan dan bakat mereka teraju utama tersebut, apatah lagi mereka telah lama bersamanya sejak 2008.

Berkongsi idea untuk pementasan tersebut, ujar Raja Azrey, ianya lahir selepas kejayaan teater Raja Ku Puteh.

“Fokus kepada individu berkulit hitam jarang diketengahkan dalam pentas teater.

“Bukan untuk mempersendakan kekurangan diri mereka, tetapi kadangkala dengan kelemahan yang ada pada seseorang itu terutama dari segi paras rupa, ia sebenarnya boleh membantu individu itu sendiri menyampaikan pesanan secara sindiran agar orang seperti mereka ini juga mempunyai hati dan perasaan seperti orang lain,” katanya.

Selain itu, masalah hidup, keluarga, kerjaya, penganiayaan serta cinta akan dikupas di dalam setiap watak yang diwujudkan.

“Kesimpulannya, saya selaku pengarah dan penggiat teater suka mencari sesuatu kelainan dalam setiap naskhah yang diterbitkan.

“Itu adalah cara saya untuk menarik minat serta mengekalkan pengikut-pengikut tegar GMO untuk terus menonton hasil karya saya.

“Senang cakap, saya tidak sehebat pengarah tersohor yang lain sentiasa diberi peluang mementaskan teater di arena mewah dan besar, namun begitu tidak salah saya bermula dan menjadi pengamal teater secara sederhana sahaja dahulu,” katanya.

Peluang lebih besar

Akuinya, dengan kapasiti lebih kecil, ia secara tidak langsung kos pembikinan teater itu menjadi kurang membebankan dan tiket yang dijual juga tidak terlalu mahal. Saya masih mengharapkan suatu hari nanti NGO seperti kami ini akan diberi perhatian dan seterusnya di beri peluang untuk bermain di arena yang lebih besar dan glamor.

“Harapan saya, JKKN akan terus sudi bekerjasama dengan kami membantu menyediakan ruang persembahan ini nanti.

“Buat julung kalinya untuk tahun ini juga, GMO menjalinkan kerjasama dengan satu lagi kumpulan NGO iaitu Gagasan Teater Nusantara dalam usaha menjayakan pementasan ini.

“Selain itu juga saya bangga di atas kesudian beberapa artis terkenal tanah air seperti Datuk Jalaludin Hassan, Julia Marin, Mak Wan serta pelawak muda Yusrishah berminat bekerjasama dalam pementasan ini,” katanya.

Sedikit mengenai naskhah 3 Budak Hitam, ia mengisahkan tentang tiga pemuda berkulit hitam iaitu Karim Pin, Hassan Tubi dan Shamsul P yang terlepas lari dari lokap polis dan bersembunyi di dalam hutan.

Di situ mereka mula berkenalan dan meluahkan segala masalah serta punca diri ditangkap. Dalam tempoh 48 jam mereka di situ berlaku kejadian pelik yang membuatkan mereka mula mengesyaki serta menuduh antara satu sama lain.

Polis telah berjaya menjejak mereka bertiga dan telah memberi tekanan berganda sehinggakan terjadi suatu insiden yang menyayat hati.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");