Jenayah

3 kereta jadi mangsa geng pecah kenderaan

RAWANG: Hanya dalam satu malam, sebanyak tiga buah kereta penduduk Blok 16 Bandar Tasik Puteri di sini menjadi mangsa geng pecah kereta.

Melalui perkongsian di laman Facebook oleh salah seorang mangsa, Mahamed Faez Mahamad Ali berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 5 pagi semalam.

“ALLAH.. hanya itu mampu diucapkan. Kalau aku jumpa sesiapa buat ni, tak tahu la nak cakap macam mana.

“Dompet isteri yang diletak pada dashboard dilarikan,” katanya berkongsi kisah di sebalik kejadian.

Sementara itu seorang penduduk, Roslan Abu, 58, berkata, jenayah pecah kereta dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

“Hari itu dah lima kereta kena, hari ini (semalam) tiga lagi. Kereta anak pun pernah kena tahun lepas.

“Sejak banyak jalan baru dibuka, penjenayah semakin berani. Mereka mungkin biasa buat kerja sebab penggera kereta tak berbunyi,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini ada KRT melakukan rondaan, tetapi disebabkan komitmen kerja ia tidak aktif.

“Semasa ada rondaan memang tiada kejadian pecah kereta ini. Kalau boleh jalan masuk dibuka hanya satu pada waktu malam bagi memperketatkan kawalan keselamatan.

“Biasanya kereta yang diparkir di luar yang kena pecah. Bila dah kena, tak berani tinggalkan barang berharga dalam kereta lagi,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");