Perak Hari Ini

30,000 pengunjung Meriahkan Karnival Sukan Air Bagan Datoh 2015

BAGAN DATOH: Dianggarkan sekitar 30,000 pengunjung telah hadir sepanjang tiga hari berlangsungnya Karnival Sukan Air Bagan Datoh 2015 yang berakhir pada hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, pengunjung yang hadir bukan sahaja dari kawasan Bagan Datoh, malah dari kawasan sekitar dan juga pelancong asing.

5-1

“Apa yang pasti, jumlah pengunjung yang hadir pada tahun ini adalah lebih ramai berbanding dua tahun penganjurannya sebelum ini.

“Pada tahun ini juga, kita melebihkan lagi aktiviti dan permainan berbanding pameran kerana kita mahu lebih ramai orang mengambil bahagian dalam aktiviti yang kita sediakan,”katanya ketika ditemui semasa Kenduri Rakyat, tengah hari tadi.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri berkata, penganjuran yang memasuki tahun ketiga ini telah melibatkan kerjasama kesemua kampung di Bagan Datoh.

Katanya, penganjuran sebelum ini hanya melibatkan kampung-kampung di kawasan DUN Rungkup.

3-1

“Lebih kurang 40 buah kampung dari kawasan Bagan Datoh telah menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan pada karnival ini,”ujarnya.

Terdahulu Karnival Sukan Air Bagan Datoh 2015 telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bagan Datoh yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Sabtu.

Shahrul dalam ucapan perasmian penutupnya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menjayakan karnival tersebut.

Pada majlis tersebut juga, Shahrul tutut menyampaikan hadiah kepada para pemenang sempena karvinal berkenaan.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Bagan Datoh Berselawat, Pukul Bantal, jetski, lukisan mural, bola sepak pantai, pertandingan memancing serta pameran dari agensi-agensi kerajaan dan pelbagai lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");