Berita Hari Ini

4 lombong rizab untuk nelayan

KAMPAR – Empat kawasan lombong seluas 46 hektar di Mukim Kampar dan Teja dirizabkan untuk dijadikan zon tangkapan nelayan darat.

Ketua Daerah Perikanan Daerah Kinta dan Kampar, M Sahiburrahman Ahmad berkata, sebagai langkah awal, pelbagai spesies ikan air tawar bagi tujuan penambahan benih ikan dilepaskan ke dalam empat bekas lombong terbabit.

Menurutnya, langkah itu bertujuan menambah bekalan makanan sedia ada dan meningkat sosioekonomi masyarakat khasnya nelayan darat yang bergantung kepada hasil tangkapan di lombong.

“Sebelum melepaskan benih ikan, kami terlebih dahulu mengenal pasti bekas lombong yang sesuai dan bebas ditangkap oleh nelayan darat.

“Benih ikan yang dilepaskan ini adalah hasil pembenihan jabatan sendiri,” katanya kepada media selepas majlis pelepasan benih ikan ke perairan umum di lombong Kampung Changkat Bendera, Malim Nawar di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, sebanyak 192,000 benih ikan terubul, lampam jawa, jelawat, kap kepala besar, kap rumput dan leekoh dilepaskan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");