Panasnya Hari Ini

PAU 2015: “Ada Segelintir Ahli Umno Jadi Duri Dalam Daging”- Ku Nan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan bahawa terdapat ahli UMNO yang menjadi ‘duri dalam daging’ antara lain bertindak untuk menyaksikan kemusnahan parti keramat itu.

Memetik sumber Sinar harian, beliau berkata demikia ketika perbentangan laporan parti pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang disambut dengan teriakan oleh beberapa suara perwakilan yang hadir.

“Media masa dan media sosial disalahgunakan oleh segelintir pihak bagi memburukkan Umno dan kepemimpinnya. Serangan bertali arus dari pihak luar yang sememangnya mahu melihat Umno hancur.

“Namun, apa yang lebih dikesalkan, ada juga segelintir ahli-ahli Umno menjadi duri dalam daging, api dalam sekam, gunting dalam lipatan dengan mengambil pendekatan bertentangan dengan kehendak parti,” katanya.

Jelasnya lagi, serangan itu juga sukar diatasi sehingga kini dan ahli parti disaran supaya sentiasa komited dengan parti bukan yang menghancurkannya demi kepentingan peribadi.

“Bukan mudah untuk menanganinya namun mengalah tidak sekali-kali. Setiap yang berlaku pastinya akan ditempuhi secara terbuka, setiap permasalahan akan diperhalusi punca dan akibatnya, setiap keputusan yang bakal dibuat pula telah diperinci sabit kesalahan dengan tujuan supaya Umno terus sejahtera.

“Keharmonian partilah yang utama kerana Umno memerlukan mereka yang sentiasa komited dalam perjuangan dan bukannya yang menghancurkan apatah lagi atas kepentingan peribadi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");