Panasnya Hari Ini

Ahli Kritik PKR Hanya Fokus Perjuangan Peribadi

KUALA LUMPUR: Ahli PKR tampil membidas parti tersebut yang disifatkan hanya lebih bertujuan peribadi dalam membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengabaikan perjuangan buat rakyat.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday kritikan itu dilontarkan oleh Pengerusi Tetap PKR Cabang Sepang, Arffain Mohamed yang turut menyifatkan perjuangan Presiden PKR kini, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail lebih kepada emosi dan peribadi.

“Perjuangan Wan Azizah lari dari hala tuju parti, nampak perjuangannya lebih kepada suami (Anwar), berbanding rakyat. Kita tengok dalam Kongres Nasional PKR baru-baru ini tema yang diguna ialah ‘Bebas Rakyat, Bebas Anwar’.

Benda itu sepatutnya tidak boleh dijadikan tajuk utama,” katanya.

Sementara itu bagi Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Sepang, Nasiruddin Mohamed merasakan bahawa Presiden parti itu seharusnya mengetepikan perihal peribadi.

“Sepatutnya Wan Azizah perlu membawa perjuangan bebas semua rakyat, namun Wan Azizah tidak bersalah sebaliknya kepimpinan PKR itu sendiri perlu bangkitkan benda ini.

“Wan Azizah kena bincang inilah masa terbaik, sekiranya pembangkang mahu menang dan jalan terbaik beliau perlu betulkan apa yang berlaku dalam pembangkang dan PKR.

“Malah sekiranya kemelut yang berlaku ini tidak dibuat, tidak mustahil kemelut yang berlaku dalam UMNO akan berlaku juga pada PKR,” katanya.

Jelasnya lagi,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan calon yang dirasakan paling layak untuk mengambilalih jawatan Presiden PKR jika Wan Azizah bersara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");