Perak Hari Ini

Ahli Parlimen Khatankan Kanak-kanak

BAGAN SERAI: Seramai 90 kanak-kanak telah menyertai program Khatan Perdana 2015 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Bagan Serai.

Lebih menarik lagi, sebahagian daripada 90 peserta berkenaan telah dikhatankan sendiri oleh Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali dalam program yang diadakan di Dewan Anjung Bestari, Matang Gerdu, di sini.

Dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun sebagai doktor perubatan, ianya memberi kesedaran kepada Dr Noor Azmi untuk memberi perkhidmatan khatan percuma kepada rakyat dan dalam pada masa yang sama dapat mengurangkan beban kos khatan anak-anak mereka.

Dr Noor Azmi berkata, beliau menggunakan pendekatan berkhatan melalui kaedah sunathrone berbanding kaedah biasa untuk memastikan bahawa peserta khatan tidak perlu menunggu lama untuk pulih.

Katanya lagi, meskipun kos kaedah berkhatan sunathrone itu adalah lebih tinggi, Pusat Khidmat Parlimen Bagan Serai akan menanggung sepenuhnya kos tersebut demi kepentingan rakyat.

“Saya sememangnya berhasrat mengaplikasikan pengalaman perubatan dengan rakyat Bagan Serai meskipun sudah bergelar wakil rakyat dan syukur, hasrat itu terlaksana melalui program ini.

“Pusat Khidmat Parlimen Bagan Serai menanggung sepenuhnya bayaran berkhatan semua peserta dan mereka turut diberikan hadiah sampingan,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut.

Tambah Dr Azmi itu lagi, beliau bercadang untuk meningkatkan jumlah peserta khatan pada tahun hadapan.

“Program ini sudah dilaksanakan di DUN Selinsing dan akan diteruskan di DUN Gunung Semanggol pada hari ini.

“Pada tahun hadapan, kami merancang untuk meningkatkan jumlah penyertaan peserta khatan kepada 200 orang di mana di setiap DUN, kita akan memilih dua lokasi bagi dilaksanakan program khatan perdana ini,”ujarnya.

Tambahnya lagi, program sebegini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan penduduk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");