Sukan Hari Ini

Aksi garang Chong Wei

AKSI garang Datuk Lee Chong Wei membantu Petaling Jaya BC bangkit bergaya mengikat Petaling BC 10-10 dalam pertembungan penuh dramatik Resorts World Genting Purple League 2015 di Sports Arena@Sentosa, semalam.

Pemain nombor tiga dunia itu tidak bermasalah menepati reputasi apabila tampil dengan kelas tersendiri untuk membenam cabaran Iskandar Zulkarnain yang baru sahaja muncul juara Grand Prix Kebangsaan Ahad lalu dengan keputusan 3-0 (11-6, 11-5, 11-5).

Iskandar nyata masih terlalu jauh untuk menandingi Chong Wei apabila gagal untuk menyaingi rentak permainan agresif dan penguasaan gelanggang yang cukup sempurna oleh naib juara Kejohanan Dunia itu yang turut mencuri tumpuan penonton menerusi smash tajam.

Chong Wei bagaimanapun berpendapat Iskandar, antara seorang pemain yang berpotensi beraksi bersamanya di Piala Thomas 2016 masih ada ruang memperbaiki permainan sambil menegaskan bahawa pemain itu tidak boleh cepat berpuas hati dengan prestasinya ketika ini.

“Ini adalah sistem permainan 11 mata, jadi anda tidak boleh leka. Iskandar banyak buka ruang dan tidak begitu agresif. Ini mudah buat lawan untuk menyerang.

“Apa pun, saya lihat Iskandar tahun ini lebih stabil permainannya berbanding tahun lalu. Harap dia boleh bekerja keras dan lebih bersemangat. Jangan cepat berpuas hati, dia perlu cari keputusan yang lebih bagus,” ujar Chong Wei.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");