Sukan Hari Ini

Amelia-Fie Cho kandas awal

Kuala Lumpur: Usaha beregu wanita negara, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho untuk mengumpul mata sebanyak mungkin pada Grand Prix Terbuka Mexico tidak kesampaian apabila terkandas pada pusingan pertama semalam.

Amelia-Fie Cho yang sebelum ini memenangi emas di Sukan SEA Singapura Jun lalu tumpas kepada pasangan Thailand, Puttita Supajirakul-Sapsiree Taerattanachai 14-21, 15-21 dalam tempoh 35 minit di Centro Deportivo Chapultepec, Bandaraya Mexico.

Menurut jurulatih beregu wanita negara Lim Pek Siah, kekalahan anak buahnya di peringkat awal kejohanan itu disebabkan kurang keyakinan diri.

“Saya bukan hendak cakap kecewa tapi itulah hakikatnya, mereka kena bangkit semula bermula Januari ini. Kalau tidak sukar buat mereka melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio 2016,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua pemain itu sentiasa mempamerkan permainan mantap ketika sesi latihan, namun masalah mereka adalah kurang keyakinan diri apabila masuk ke dalam gelanggang ketika mengambil bahagian di mana-mana kejohanan.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki, Zulfadli Zulkiffli berjaya mara ke pusingan ketiga apabila menumpaskan wakil tuan rumah, Humberto Aguirre Fajardo 21-17, 21-15 dan akan bertemu pemain Cuba, Osleni Guerrero hari ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");