Sukan Hari Ini

Anuar, Harrif kena gugur

Kuala Lumpur: Laluan berbukit untuk saingan lebuh raya di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Jepun bulan depan memaksa Anuar Manan dan Mohd Harrif Saleh disisihkan daripada skuad negara.

Alasan berkenaan dikemukakan jurulatih negara Syed Mohd Husaini Syed Mazlan susulan ketiadaan nama dua pakar pecut negara itu daripada senarai lima pelumba yang terpilih.

Beliau yang mengetuai panel pemilihan bersama Mohd Mahazir Hamad berkata Anuar dan Harrif dijangka berdepan kesukaran sekiranya terpilih kerana laluan perlumbaan membabitkan pendakian jarak tiga kilometer walaupun penamatnya melalui laluan lurus dan landai.

“Perlumbaan akan membabitkan jarak sejauh 150 kilometer yang berlangsung secara pusingan. Permulaan setiap pusingan sejauh 9.9km akan membabitkan pendakian sejauh tiga kilometer.

“Jadi kami memilih pelumba yang mampu melakukan pendakian dan juga pemecahan. Banyak pemecahan dijangka berlaku terutamanya ketika pendakian tiga kilometer awal itu,” jelasnya.

Arena Metro semalam melaporkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyenaraikan lima pelumba termasuk pemenang jersi Raja Bukit Jelajah Malaysia 2015 dan Tour of Sharjah 2015 Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dari Terengganu Cycling Team.

Empat lagi pelumba membabitkan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, Mohd Shahrul Mat Amin, Mohd Saiful Anuar Aziz dan Nik Mohd Azwan Zulkifle.

“Pelumba juga akan berdepan kesukaran kerana dijangka berlumba pada suhu negatif 10 darjah Celcius,” katanya.

Pelumba yang terpilih menjalani latihan pusat sejak Isnin lalu sebelum menyertai kejohanan di ACC yang dijadualkan berlangsung ada 19 Januari.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");