Perak Hari Ini

Anyaman Bertam: Kekalkan Warisan Keluarga

BATU KURAU: Meskipun penghasilan sesuatu produk anyaman berasaskan bertam bukanlah sesuatu yang mudah, namun berkat daripada minat dan bakat semula jadi yang dimiliki sejak kecil menjadikannya sesuatu yang mudah.

Sama seperti buluh dan rotan, bertam juga berpotensi untuk dijadikan satu produk komersial bagi menghasilkan siling rumah, dinding bilik atau bahagian dalam rumah dan juga pembinaan chalet untuk tarikan pelancongan.PERAK TODAY 5

Pengusaha Kelarai Bertam, Mohd Azmi Mohd Norfiah, 35, berkata, beliau bertekad menceburi bidang tersebut kerana minat yang mendalam serta ingin meneruskan perusahaan yang telah diwarisi daripada orang tuanya.

Beliau turut telah dipilih untuk menerima anugerah ‘Pengusaha Bertam Terbaik’ bagi tahun 2015 daripada Kerajaan Negeri Perak pada 13 November yang lalu.

PERAK TODAY 6Ujarnya, beliau telah mula melibatkan diri secara serius dalam perusahaan kelarai bertam tersebut di Kampung Anak Kurau Seberang, Batu Kurau sejak 12 tahun yang lalu.

“Untuk kelarai bertam ini, saya telah mulakan pada tahun 2006 yang mana saya rasa sudah lebih 12 tahun diusahakan secara komersial.

“Tetapi kalau sejarah sebenarnya, saya melibatkan diri dalam kelarai bertam ini sejak berumur 12 tahun lagi yang mana saya belajar daripada orang tua saya dan mewarisi seni anyaman ini bagi generasi ketiga,” katanya.

Beliau turut mengambil kursus di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk mendapatkan sijil bagi anyaman buluh dan rotan.

Tambahnya lagi, sebelum ini, beliau telah bekerja di Kuala Lumpur, namun disebabkan kos sara hidup yang tinggi, beliau telah pulang ke kampung halamannya dan memulakan perusahaan kelarai bertam berkenaan.

“Sebelum saya balik ini, saya meniaga dahulu di pasar Kamunting. Sambil meniaga itu, saya nak buat kembali pada asalnya nak buat rumah, jadi kita buat secara kecil-kecilan,” ujanya lagi ketika ditemui dibengkel miliknya disini.

Azmi berkata, usahanya untuk memulakan perusahaan anyaman bertam berkenaan mendapat perhatian daripada pengusaha sebuah chalet di Batu Kurau iaitu Sabri Hashim dan juga Pegawai Pertanian Kawasan, Baharom.

“Mereka berdua inilah yang banyak membantu saya untuk memperkenalkan produk kelarai bertam ini dan daripada situlah saya mula melibatkan diri secara serius dengan kelarai bertam,” jelasnya.

Beliau berkata, setakat ini, terdapat 12 jenis kelarai bertam yang diusahakan olehnya bersama empat orang pekerja, masing-masing dua orang untuk bahagian anyaman dan dua orang di bahagian bidai.PERAK TODAY 8

“Setakat ini kita ada lebih kurang dalam 12 kelarai antaranya sesiku keluang, kelarai rebah bermata, pucuk rebung, songket, tampok manggis dan kelarai bertandang.

“Antara corak yang saya mula-mula belajar dan paling lama iaitu sesiku keluang dan kelarai rebah ini yang saya belajar daripada orang tua saya.

“Bagi kelarai yang bercorak seperti tampok manggis, songket dan pucuk rebung adalah gubahan saya sendiri yang diilhamkan daripada segi pandangan alam sekitar,” katanya.

Ujarnya, beliau mampu memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM1,500 sebulan bergantung kepada tempahan yang dibuat oleh pelanggan.

“Harga bagi sebuah kelarai bertam adalah mengikut tempahan dan jenis anyaman yang menjadi pilihan,” katanya.

PERAK TODAY 4Azmi berkata, beliau turut memberi perkhidmatan untuk pelajar menjalani kerja kursus bagi anyaman bertam berkenaan.

“Kita belum mengadakan kursus tertentu lagi. Cuma kita beri perkhidmatan kepada pelajar untuk buat kerja kursus tidak kira daripada sekolah menengah, Kolej MARA atau mana-mana kolej yang memang ada buat kerja kursus,” katanya lagi.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh mengikuti beliau di laman media sosial Facebook atas nama ‘Azmi Bertam’ atau boleh menghubungi beliau di talian 0125620715.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");