Berita Hari Ini

Arul: 1MDB ‘pecah rekod’ paling banyak disiasat

KUALA LUMPUR – ?Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi antara syarikat yang paling banyak disiasat oleh agensi besar dalam negara ini, dakwa Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy.

“Beberapa siasatan telah dijalankan di atas 1MDB pertama sekali oleh Bank Negara Malaysia di mana Peguam Negara setelah meneliti kertas siasatan BNM telah mendapati bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan.?

“Kedua SPRM telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa dana 1MDB tidak disalurkan kepada mana-mana pihak, terutama ke akaun PM,” katanya pada Konvensyen Pemuda Umno di Hotel Putra, di sini, semalam.

Selain itu, siasatan juga menurut Arul turut membabitkan Jabatan Audit Negara, Polis diRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Audit Negara.

Mengulas lanjut Arul berkata, siasatan besar-besaran ke atas 1MDB menunjukkan ia adalah sebuah syarikat yang mementingkan ketelusan dalam menjalankan transaksi perniagaan.

“Tidak ada apa-apa hendak disembunyikan ?kerana badan tersebut sedang menjalankan siasatan dan PAC ada keanggotaan dari pembangkang,” katanya.

Katanya lagi, kebanyakan tohmahan kepada 1MDB adalah tidak didasari dengan bukti yang konkrit.

Isu 1MDB menjadi semakin hangat apabila ia dikaitkan dengan isu dana membabitkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Njiab Tun Razak.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");