Jenayah

Badan hancur terjatuh dari tingkat 20

GEORGETOWN: Seorang penjaja maut apabila sebahagian badannya hancur selepas terjatuh dari tingkat 20 di sebuah pangsapuri di Lengkuk Nipah, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, perkara itu disedari seorang jiran yang ternampak mangsa sedang mengalihkan pasu bunga di kaki lima rumahnya ke hadapan rumah jiran di tingkat 20 perumahan berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 10.20 pagi semalam di Blok 29, Taman Jublee 5, Fasa Lengkuk Nipah 2 di sini.

“Anggota polis menerima panggilan daripada seorang lelaki iaitu jiran mangsa yang ternampak mangsa terjatuh dari rumahnya di tingkat 20.

“Apabila sampai di tempat kejadian, anggota polis mendapati mangsa, Lee Beng Hock, 49, terbaring dengan sebahagian badannya hancur dan kedua-dua belah kakinya terputus,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata, mangsa merupakan penjaja yang berniaga berhampiran Komtar.

“Berdasarkan percakapan saksi, jirannya ternampak mangsa kemudiannya menegur perbuatan mangsa yang menyebabkan keadaan di hadapan pintu rumah jirannya bersepah.

“Walau bagaimanapun, mangsa tidak menghiraukannya. Ketika jiran mangsa hendak keluar ke tempat kerja, dia ternampak mangsa memanjat dinding kaki lima dan terjatuh,” katanya menerusi kenyataan medianya, semalam.

Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mangsa tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Hasil siasatan pada penduduk, pengurusan dan pengawal keselamatan perumahan tersebut mendapati, mangsa tidak pernah dilihat di perumahan itu.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

Tambahnya, mayat disahkan oleh isteri mangsa yang hadir di Jabatan Perubatan Forensi HPP.

“Polis juga tidak menemui sebarang unsur jenayah pada badan mangsa.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian kerana kecederaan teruk disebabkan terjatuh dari tempat tinggi,” katanya.

Malah berdasarkan kepada keterangan yang diambil daripada isteri, mangsa difahamkan mengidap kanser paru-paru tahap empat dan sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 21 kali.

“Suaminya kerap mengeluh tidak mampu untuk menanggung sakit selain tidak mahu menyusahkan keluarga,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");