Sukan Hari Ini

Belum ada pilihan utama

Shah Alam: Pengendali Selangor Mehmet Durakovic (gambar) mengakui masih belum ada bayangan kesebelasan utama yang akan diturunkan pada aksi final Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Shah Alam, malam esok.

Durakovic ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan hari ketiga bersama pemainnya semalam, juga tidak memberi sebarang petunjuk sama ada akan mengekalkan barisan sama ketika menundukkan Pahang pada separuh akhir apabila beliau dilihat mencuba beberapa pemain pada posisi tertentu.

Mungkin tindakannya itu disebabkan masalah kecederaan dialami tonggak pertahanan kiri Mohd Raimi Mohd Nor kelmarin dan semalam giliran Mohd Azrif Nasrulhaq pula sekadar duduk menyaksikan sesi latihan pasukannya.

Menurut Durakovic, Azrif mengalami demam selepas pulang daripada latihan kelmarin dan situasi terbaru itu benar-benar menguji dirinya yang kini dalam fasa terakhir latihan.

“Saya masih belum memikirkan lagi barisan utama untuk final, malah langsung tiada bayangan. Semalam (kelmarin) Raimi tidak berlatih akibat kecederaan, pagi ini pula (semalam) Azrif kerana demam.

“Jadi saya tidak boleh fikirkan lagi siapa yang bakal bermain, mungkin esok (hari ini) atau lusa (esok) baru ada bayangan pemain yang akan mengalas tugas nanti.

“Dalam bola sepak kita tidak boleh tentukan apa-apa terlalu awal, sebab semuanya boleh berubah pada saat akhir kerana bakal diputuskan mengikut situasi semasa pasukan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Stadium Mini Shah Alam, di sini, semalam.

Jelas bekas ketua pasukan Selangor itu, walaupun waktu menjalani latihan singkat namun beliau melihat pemainnya rata-rata sudah mencapai tahap 80 peratus bersedia dan enggan menjadikan kekangan masa itu sebagai alasan kepada tahap prestasi pemain.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");